Harga kubis bunga meningkat lebih dua kali ganda

Tinjauan harga kubis bunga yang dijual di sebuah pasar raya.
Tinjauan harga kubis bunga yang dijual di sebuah pasar raya.
A
A
A

TEMERLOH - Harga kubis bunga didapati meningkat lebih daripada dua kali ganda selepas mengalami mengalami kenaikan harga daripada RM7 sekilogram kepada mencecah RM16 sekilogram.

Seorang peniaga sayur, Foziah Serandang, 51 di Pasar Awam Mentakab memberitahu, kenaikan tersebut kerana faktor perubahan cuaca selain sayuran itu diimport dari China.

Foziah Serandang
Foziah Serandang

Menurutnya, selain kubis bunga, kebanyakan sayuran lain seperti sawi, salad turut mencatat kenaikan harga sejak beberapa minggu lalu.

Harga sayur-sayuran didapati meningkat sejak beberapa minggu lalu
Harga sayur-sayuran didapati meningkat sejak beberapa minggu lalu

Artikel Berkaitan:

"Salad buat masa ini dijual dengan harga RM12 sekilogram berbanding RM6 sekilogram sebelum ini.

"Kebanyakan pelanggan memahami kenaikan ini tapi tak dinafikan ada juga yang merungut mahal," katanya yang telah terbabit dalam perniagaan itu sejak 30 tahun lalu.

Situasi itu turut diakui seorang peniaga sayur di pasar sama, M Gandhi, 55, yang menyifatkan kenaikan itu sudah dijangka berikutan faktor hujan yang menyebabkan harga sayur-sayuran turut naik.

M Gandhi
M Gandhi

"Contohnya, bayam pun dah naik harga, RM8 sekilogram berbanding RM4 atau RM5 sekilogram sebelum ini.

"Saya jangkakan bulan depan, kenaikan lagi ketara kerana musim hujan," dakwanya.

Sementara itu, peniaga nasi ayam, Shahrudin Ali, 56, mendakwa kenaikan sayur-sayuran sudah mula dirasai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Shahrudin Ali
Shahrudin Ali

Ujarnya, sayur kubis dipilih berbanding salad dalam menu nasi ayam di premisnya kerana harga salad yang lebih mahal.

Seorang lagi peniaga makanan, Shahrul Osman, 36, memberitahu kenaikan harga sayur-sayuran amat dirasai bagi mereka yang membeli dalam jumlah banyak.

Shahrul Osman
Shahrul Osman

"Bagi mereka yang beli dalam jumlah sikit mungkin tidak rasa kenaikan harga," jelasnya berharap kenaikan harga itu dapat dikawal pihak berkuasa.

Huzana Mohd Ali
Huzana Mohd Ali

Seorang pengguna, Huzana Mohd Ali, 56, pula mengakui, kenaikan harga sayur-sayuran membebankan pengguna, namun mereka tiada pilihan selain menerima kenaikan harga itu kerana sayur-sayuran merupakan barangan keperluan.