Covid-19: Kes harian di bawah 200 di Sarawak pada Isnin

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Untuk kali pertama dalam tempoh lebih 10 bulan, Sarawak merekodkan jumlah kes harian baharu Covid-19 di bawah 200, apabila sebanyak 147 kes baharu dicatatkan pada Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, bahagian Kuching merekodkan 46 kes baharu, diikuti dengan Limbang (20 kes), Miri (19 kes), Lawas (14 kes), Bintulu dan Sibu masing-masing (13 kes), manakala 12 lagi bahagia merekodkan kes di antara satu hingga lima kes.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan itu, dua kes sahaja yang mengalami jangkitan paru-paru dan bantuan pernafasan, manakala 145 kes lagi adalah mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

Jumlah kematian baharu yang direkodkan adalah tiga kes, masing-masing direkodkan pada 18, 19 dan 20 November.

Kes kematian itu melibatkan mereka yang berusia antara 58 hingga 86 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, asma dan penyakit jantung.

JPBN turut memaklumkan, jumlah kluster Covid-19 yang aktif di negeri ini juga kekal sebanyak enam kluster sahaja, serta tiada penambahan kluster baharu.

Untuk rekod, kes harian jangkitan Covid-19 di Sarawak mulai menunjukkan penurunan sejak Oktober, apabila suntikan dos ketiga dan dos penggalak mula diberikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: