Covid-19: Kes baharu terus catat penurunan di Sarawak

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus mencatatkan penurunan dengan 245 kes dilaporkan berbanding 255 kes pada Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes baharu yang direkodkan itu hanya lima kes sahaja yang mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, selebihnya 240 kes lagi adalah mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

“Sebanyak empat kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 16 hingga 20 Novemberi,” menurut kenyataan itu.

Kes kematian itu melibatkan mereka yang berusia antara 39 hingga 62 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti asma, kanser dan darah tinggi.

Jawatankuasa itu berkata, hanya enam kluster kini yang masih aktif di negeri itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: