Covid-19: 38 lagi kematian baharu direkod

KKM melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar hiasan
KKM melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,978 daripada 2,576,032 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lima daripada 38 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 69,485 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 55,346 individu atau 79.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,004 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 5,606 kes dirawat di hospital dan 529 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 261 lagi memerlukan mesin ventilator.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!