Mejar Mohd Fareez selamat jalani pembedahan, kini stabil

Keadaan pesawat Hawk 108 yang terhempas dalam sesi latihan pada malam Selasa lalu. (Gambar kecil: Mejar Mohd Fareez)
Keadaan pesawat Hawk 108 yang terhempas dalam sesi latihan pada malam Selasa lalu. (Gambar kecil: Mejar Mohd Fareez)
A
A
A

BUTTERWORTH - Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk terhempas pada malam Selasa telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Markas TUDM, Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang mengalami kecederaan dalam nahas itu selamat menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang pada jam 7 malam, Rabu lalu.

Menurutnya, beliau selamat menjalani pembedahan tanpa komplikasi dan dilaporkan stabil.

"Beliau kini di dalam pemantauan pegawai perubatan dan memerlukan rawatan susulan.

"Bagi rancangan rawatan beliau selanjutnya, pihak TUDM akan terus memastikan urusan rawatan perubatan diuruskan dengan lancar dan baik," katanya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Kronologi insiden pesawat Hawk TUDM terhempas, mendarat cemas sejak 1996

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Dalam kejadian malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat TUDM yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Butterworth.

Nahas itu berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

Sehubungan itu, pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut. Dalam perkembangan sama, TUDM berkata, urusan kebajikan isteri Mohd Fareez, Siti Hajar Abdullah serta dua anak mereka yang berusia 3 tahun dan 5 bulan telah dikoordinasi oleh Pangkalan Udara Butterworth.

Artikel Berkaitan:

"Kita memohon agar semua pihak mendoakan agar Mohd Fareez sembuh seperti sediakala. TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden kemalangan pesawat Hawk 108 terbabit.

"TUDM juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berita yang tidak sahih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis klasifikasi kes pesawat TUDM terhempas sebagai mati mengejut

TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat Hawk terhempas

Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017