TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat Hawk terhempas

Jenazah Allahyarham Kapten Mohamad Affendi diuruskan oleh TUDM dengan istiadat pengebumian ketenteraan pada Rabu. Foto: FB TUDM
Jenazah Allahyarham Kapten Mohamad Affendi diuruskan oleh TUDM dengan istiadat pengebumian ketenteraan pada Rabu. Foto: FB TUDM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memfokuskan kepada kebajikan keluarga kedua-dua juruterbang pesawat Hawk yang terlibat dalam kemalangan ketika latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu.

TUDM menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi berkata, segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.

Menurut TUDM, balu dan ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang menetap di Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan, Pahang telah dibawa ke Pulau Pinang menggunakan sebuah pesawat C130H.

"Sebaik tiba sekitar jam 9.40 pagi, waris Allahyarham terus dibawa ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sebelum bedah siasat dilaksanakan.

"Selesai urusan bedah siasat, pengurusan jenazah Allahyarham dikendalikan oleh Pangkalan Udara Butterworth, manakala urusan pengebumian oleh Pangkalan Udara Kuantan dan Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) Bukit Ibam," menurut kenyataan tersebut pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017

TUDM berkata, pesawat C130H yang membawa jenazah Allahyarham berlepas dari Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar jam 4.08 petang dan tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada jam 6 petang.

"Jenazah kemudian dibawa ke kediaman keluarganya di Muadzam Shah untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang dengan istiadat pengebumian tradisi ketenteraan," katanya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mejar Jeneral Mohd Shahada Ismail dan Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar Ariffin.

Artikel Berkaitan:

Insiden melibatkan pesawat pejuang jenis Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang berlaku sekitar jam 10 malam Selasa.

Allahyarham Kapten Mohamad Affendi disahkan meninggal dunia dalam nahas tersebut, tersebut manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.