Kronologi insiden pesawat Hawk TUDM terhempas, mendarat cemas sejak 1996

Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. - Foto Bernama
Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dan mendarat cemas sejak tahun 1996.

* 18 Jun 1996 - Pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.

* 23 Julai 1996 - Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.

* 10 September 1998 - Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 yang dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

* 2 Oktober 2000 - Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.

* 18 Disember 2003 - Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

* 23 Jun 2005 - Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.

* 4 Mei 2007 - Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.

Artikel Berkaitan:

* 15 Jun 2017 - Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat itu terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

* 16 November 2021 -- Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti