PGA rampas dadah, barangan seludup RM3.5 juta

Majlis Serah Terima Tugas Operasi Benteng Covid antara Batalion 9 PGA dengan Batalion 8 PGA yang disaksikan Sanudin.
Majlis Serah Terima Tugas Operasi Benteng Covid antara Batalion 9 PGA dengan Batalion 8 PGA yang disaksikan Sanudin.
A
A
A

KOTA BHARU - Pelbagai barangan yang diseludup seperti dadah dan kontraban bernilai RM3.5 juta dirampas Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam operasi di sempadan negeri ini dalam tempoh sebulan.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, jumlah itu turut membabitkan tangkapan 64 lelaki dan empat wanita.

“Sepanjang operasi selama sebulan bermula 17 Oktober lalu, Batalion 9 PGA merekodkan sebanyak 96 kes selain turut merampas 52 kenderaan,” katanya pada Rabu.

Sebelum itu, diadakan Majlis Serah Terima Tugas Operasi Benteng Covid antara Batalion 9 PGA dengan Batalion 8 PGA yang disaksikan oleh Timbalan Komander PGA Briged Tenggara, Asisten Komersional Sanudin Md Isa.

Nor Azizan berkata, Batalion 9 PGA mengatur gerak dan keanggotaan pada Op Benteng Covid daripada Batalion 7 PGA dengan bantuan Batalion 8 PGA di Sektor Kuala Jambu pada operasi sebulan lalu.

“Kawalan di sempadan diteruskan bagi mencegah aktiviti penyeludupan,” katanya.

Artikel Berkaitan: