X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Tindakan lebih tegas tangani isu hina agama

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta melihat semula prosedur operasi standard (SOP) tindakan di bawah undang-undang sedia ada bagi menangani isu penghinaan agama yang masih berleluasa di media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan tindakan lebih proaktif dilakukan.

Beliau berkata, kerajaan melalui SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi agama sehingga menggugat keharmonian negara berbilang kaum.

“Saya difahamkan SKMM sedang membuat rujukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membolehkan pentafsiran jelas di bawah undang-undang sedia ada. Tindakan lebih tegas dan pantas tanpa kompromi perlu dilakukan terhadap penghinaan agama Islam dan juga agama-agama lain,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang bertanya mengenai langkah strategik diambil SKMM bagi menangani isu penghinaan terhadap agama Islam yang masih berleluasa di media sosial.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanyakan adakah kerajaan sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional, Annuar berkata, buat masa ini tiada cadangan ke arah tersebut.

“Soal menggubal perundangan baharu bukanlah jawapan kepada masalah ini. Advokasi dan usaha-usaha berterusan untuk mendorong dan menggalakkan rakyat supaya mengamalkan sikap serta nilai bersesuaian dengan sebuah negara pelbagai kaum, agama dan adat resam.

“Budaya ini telah kukuh terpahat dalam negara kita dan tidak boleh dinafikan. Cuma langkah berterusan untuk mengukuhkan lagi nilai-nilai saling menghormati atas kepelbagaian dan tidak membangkitkan perkara perkauman serta menyentuh soal kedudukan raja-raja,” jelas beliau.

Tambah beliau, kerajaan juga mengulangi pendirian untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina mana-mana agama di negara ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!