LGBT: Hukuman tegas patut dikenakan

Asyraf Wajdi (tengah) menyantuni golongan warga emas sewaktu menunaikan solat Zohor di Surau Al-Ersyad, Fasa Dua Taman Kaya, Bukit Gantang.
Asyraf Wajdi (tengah) menyantuni golongan warga emas sewaktu menunaikan solat Zohor di Surau Al-Ersyad, Fasa Dua Taman Kaya, Bukit Gantang.
A
A
A

BUKIT GANTANG - Kerajaan PH didesak tidak membuka ruang kebebasan hak asasi manusia seluas-luasnya di negara ini sehingga memberi kesempatan dan keberanian kepada golongan LGBT untuk menuntut perkara tidak munasabah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya ruang kebebasan bersuara itu dibuka kerajaan PH tanpa sempadan dan batasan, tindakan itu pastinya akan menganggu struktur asas masyarakat dibina selama ini.

Menurutnya, Pemuda UMNO melihat kemungkinan wujud keberanian dalam kelompok golongan LGBT untuk bersuara apabila mereka melihat ruang dihuka luas oleh kerajaan yang meraikan mereka sebelum ini.

"Bukan kerajaan dahulu sebelum ini bertindak zalim, tetapi kenapa hari ini mereka berani menzahirkan perjuangan LGBT yang hakikatnya bertentangan dengan perkara paling asas dalam dasar perlembagaan serta rukun negara iaitu 'Kepercayaan kepada tuhan'.

"Justeru, Pemuda UMNO mendesak kerajaan PH harus tegas dan memastikan ruang kebebasan atau hak asasi manusia diberikan kepada rakyat mengikut acuan Malaysia berpandukan batasan dan sempadan ditetapkan," katanya kepada media pada program ziarah kasih Pemuda UMNO Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO turut meminta kerajaan PH melaksanakan tindakan ketat, tegas dan pantas berlandaskan undang-undang terhadap penganjur dan peserta yang menyertai perhimpunan haram menuntut hak golongan LGBT dan wanita sempena Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, tindakan tegas seperti hukuman penjara 10 tahun dijatuhkan kepada salah seora penghina agama dan nabi sebelum ini wajar dijadikan contoh dan mesej peringatan kepada golongan LGBT agar tidak sewenang-wenangnya mencetuskan suasana tidak selesa kepada masyarakat negara ini.

"Sekiranya peruntukan undang-undang dan akta sedia ada tidak mencukupi, saya minta kerajaan PH membuat rombakan dan pindaan kepada mana-mana akta bersesuaian.

Artikel Berkaitan:

Asyraf Wajdi (lima, kanan) berkesempatan beramah mesra dengan sebahagian wakil Pemuda UMNO Perak sewaktu hadir program ziarah kasih Pemuda UMNO Parlimen Bukit Gantang.
Asyraf Wajdi (lima, kanan) berkesempatan beramah mesra dengan sebahagian wakil Pemuda UMNO Perak sewaktu hadir program ziarah kasih Pemuda UMNO Parlimen Bukit Gantang.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan Women March sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang bermula dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek di Kuala Lumpur semalam.

Selain slogan pro-LGBT, peserta turut melaungkan desakan supaya menghentikan perkahwinan kanak-kanak serta menuntut penghapusan diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita dan memperkukuh hak wanita.