15 kes baharu Covid-19 Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Hanya 15 daripada 418 kes positif Covid-19 yang direkodkan di Sarawak pada Jumaat mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan. Foto hiasan
Hanya 15 daripada 418 kes positif Covid-19 yang direkodkan di Sarawak pada Jumaat mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan. Foto hiasan
A
A
A

KUCHING - Hanya 15 daripada 418 kes positif Covid-19 yang direkodkan di Sarawak pada Jumaat mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, baki 403 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan hanya bergejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 246,682. Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi ialah Kuching dengan 150 kes, diikuti Miri (78), Sibu (38) dan Serian (36),” menurut JPBN.

Selain itu, sebanyak enam kematian baharu direkodkan di Sarawak akibat Covid-19 dari 7 November hingga 11 November, manakala jumlah kluster aktif 15. - Bernama

Artikel Berkaitan: