Majikan disaman pekerja selepas gaji dikurangkan RM2.05

Tren-tren di Jepun pada kebiasaannya beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan ia dianggap sebagai pengangkutan awam paling efisien di negara itu. - Foto AFP
Tren-tren di Jepun pada kebiasaannya beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan ia dianggap sebagai pengangkutan awam paling efisien di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Seorang pemandu tren menyaman majikannya selepas gaji pekerja itu dikurangkan sebanyak 56 yen (RM2.05) kerana dia dipersalahkan berhubung kelewatan kira-kira seminit dalam sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Jepun, kata sebuah syarikat pengangkutan awam pada Khamis.

Pemandu itu memfailkan saman tersebut ke atas Syarikat Tren Jepun Barat selepas dia didenda pada Jun lalu kerana menyebabkan kelewatan dalam jadual perkhidmatan pengangkutan awam di negara berkenaan.

Dia juga meminta pampasan kira-kira 2.2 juta yen (RM80,374) kerana mengalami masalah kebimbangan mental disebabkan gajinya dikurangkan selain dipersalahkan kerana kelewatan operasi pengangkutan awan itu.

Pemandu itu sepatutnya mengalihkan sebuah tren yang kosong di sebuah garaj di Stesen Okayama di Jepun Barat.

Bagaimanapun, dia tersilap memandu tren itu ke destinasi lain dan kemudian tiba lewat seminit di stesen tersebut.

Ia sekali gus menyebabkan gangguan dalam sistem pengangkutan awam negara itu kerana tren-tren lain terpaksa menjadualkan semula perjalanan masing-masing.

Namun, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan berhujah bahawa kelewatan itu adalah disebabkan oleh kesilapan manusia dan dia tidak sepatutnya dianggap tidak datang untuk bekerja. - Agensi

Artikel Berkaitan: