Dua pelayar warga asing diselamatkan Maritim

Dua pelayar warga Portugal dan Maxico diselamatkan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, di Pulau Udan, di sini, awal pagi tadi.
Dua pelayar warga Portugal dan Maxico diselamatkan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, di Pulau Udan, di sini, awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua pelayar warga asing yang berdepan detik cemas setelah bot layar mereka hampir karam, diselamatkan pasukan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, di Pulau Udan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.35 pagi, bot layar yang dikemudi warganegara Portugal, Terrance,68, dan rakannya warganegara Mexico Alfredo,50, mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek keras di dasar perairan berkenaan.

Pengarahnya, Kepten Maritim Amran Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Lumut, Perak yang memaklumkan mengenai isyarat kecemasan mengenai sebuah bot layar hampir terbalik di kedudukan 0.1 Batu Nautika dari pulau terbabit.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, Maritim bergegas menggerakkan aset ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Setiba di lokasi kejadian, dua kru terbabit berjaya ditemui dan mendapati mereka menyelamatkan diri dengan menggunakan 'sea boat' milik mereka ke jeti Pulau Undan.

"Memandangkan keadaan laut yang bergelora menyebabkan bot layar tersebut tenggelam dan hampir karam," katanya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa pulang ke Jeti Maritim Kuala Linggi untuk tindakan lanjut, malah ini merupakan kes pertama yang dilaporkan pada tahun ini melibatkan kejadian kecemasan di laut perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

"Difahamkan mereka baharu membeli bot layar itu di Langkawi, Kedah dan memulakan pelayaran sejak 3 Mac lalu untuk menuju ke Batam sebelum ke destinasi akhir di Hong Kong.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menitikberatkan aspek keselamatan ketika berada di laut, sekiranya terdapat kecemasan boleh terus menghubungi talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999," katanya.