Status kemajuan pembinaan Pan Borneo Sabah Fasa Satu 62 peratus

Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa Satu dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer (km) dibahagikan kepada 35 pakej kerja.
Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa Satu dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer (km) dibahagikan kepada 35 pakej kerja.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Status kemajuan pembinaan bagi 12 pakej kerja pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa Satu yang telah dimulakan hingga Oktober lepas adalah 62 peratus.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, 12 pakej kerja itu juga telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja pembinaan setakat ini.

“Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa Satu dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer (km) dibahagikan kepada 35 pakej kerja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau juga memaklumkan, Surat Setuju Terima (SST) bagi Pakej Kerja 28, 29 dan 30 yang melibatkan laluan dari Sandakan Mile 32 ke Sungai Baoto dikeluarkan pada 13 September lepas dan kerja pembinaan baru bermula.

Arthur berkata, tarikh milik tapak ialah pada 11 Oktober dan projek yang dijangka siap pada Oktober 2024 itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 58 km dengan kos pembinaan RM877 juta, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan jajaran yang akan merentasi Sandakan ke Telupid.

Beliau menjelaskan, secara keseluruhan, skop pembinaan jalan berkenaan akan melibatkan kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dan terdapat pembinaan tiga jambatan baharu serta satu persimpangan bertingkat.

Beliau menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai status terkini Pakej 28, 29 dan 30 bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dari Telupid ke Beluran, yang diluluskan untuk tender pada tahun 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: