6,243 kes baharu Covid-19

KKM melaporkan kes baharu positif Covid-19 pada Rabu.
KKM melaporkan kes baharu positif Covid-19 pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 98.3 peratus atau 6,137 kes daripada jumlah keseluruhan 6,243 kes baharu Covid-19 yang dilapor pada Selasa terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1.7 peratus atau 106 kes baharu Covid-19 pula dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 543 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 279 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh Covid-19 yang dilapor pada Rabu adalah sebanyak 5,068 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 2,430,122.

Beliau berkata tujuh kluster baharu dikenal pasti melibatkan dua kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster bagi kumpulan berisiko tinggi, pendidikan lain, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM), institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM dan pendidikan tinggi.

"Negeri yang mencatat kluster baharu ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur," katanya.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: