Polis cari individu baling batu dari jambatan

Rakaman video memaparkan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui Jambatan Bandar Darulaman di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan.
Rakaman video memaparkan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui Jambatan Bandar Darulaman di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis kini sedang mengenal pasti dan mencari individu yang membaling batu ke arah sebuah kenderaan yang melalui Jambatan Bandar Darulaman di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan seperti ditularkan di media sosial sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran video dan WhatsApp yang tular berkaitan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui jambatan itu.

"Dalam hantaran video yang telah dirakam melalui 'dashcam' kenderaan berkenaan, didapati beberapa ketul batu telah dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan itu.

"Malah, kita menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti suspek kerana ia memiliki unsur khianat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rodzi menegaskan, pihaknya memandang serius perkara itu dan orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9176999.

Sehingga jam 2.50 petang Ahad, sebuah video TikTok memaparkan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui Jambatan Bandar Darulaman di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan yang telah dirakam melalui 'dashcam' sebuah kenderaan telah meraih lebih 340,000 tontonan.

Artikel Berkaitan: