Polis cari saksi kes penipuan libatkan RM13 juta

Mohd Jamal dicari untuk membantu siasatan.
Mohd Jamal dicari untuk membantu siasatan.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung penipuan urusan jual beli sarung tangan membabitkan kerugian RM13 juta.

Dalam satu kenyataan oleh Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, lelaki yang juga saksi kepada kes tersebut bernama Mohd Jamal Omar berusia 58 tahun.

Menurut kenyataan itu lagi, alamat terakhir lelaki tersebut adalah di Melaka Perdana, Resorts Homes, Bukit Katil Melaka.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berhubung penipuan dalam urusan jual beli sarung tangan yang dilakukan oleh pemilik sebuah lagi syarikat tempatan melibatkan kerugian RM13 juta.

"Oleh demikian, kita mencari seorang saksi bernama Mohd Jamal Omar untuk membantu siasatan kes ini," katanya pada Khamis.

Kenyataan itu berkata lagi, orang awam yang mengenali atau mengetahui lokasi saksi tersebut, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Deputi Superintendan Gan Eng Chun di talian 04-2221779 atau 0124937979.

Kes tersebut disiasat mengikut 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.