Tidak hadir sebutan kes rogol di mahkamah, polis cari Mohd Mazlan

Mohd Mazlan dikehendaki polis untuk hadir kes perbicaraan di mahkamah.
Mohd Mazlan dikehendaki polis untuk hadir kes perbicaraan di mahkamah.
A
A
A

SERDANG - Seorang lelaki dikehendaki polis untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan kes rogol.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, individu itu ialah Mohd Mazlan Sharfudeen berusia 31 tahun dengan alamat akhir di Bandar Puchong Jaya, Selangor.

"Pada 17 April lalu, lelaki terbabit telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) dan ketika pertuduhan dibacakan, Orang Kena Tuduh (OKT) tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin mahkamah.

"Sebutan semula kes telah dijadualkan pada 15 Jun, namun OKT gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan itu, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap OKT.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nursabrina Ahmad Jafri di talian 012-6348487 atau 03-80742222.

"Orang ramai juga boleh salurkan maklumat dengan mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.