Polis buru lelaki baling bom di restoran

Hasil semakan CCTV mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian.
Hasil semakan CCTV mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu seorang individu yang melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad di sini pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 4.15 pagi dan dua video berkenaan insiden itu tular dalam media sosial.

"Pihak polis menerima maklumat kejadian ini pada jam 10 pagi semalam dan sebelum itu anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima laporan polis pada jam 5.27 pagi kelmarin.

"Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan Seksyen 435 kanun keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh hubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900.