58 kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat: KKM

KKM pada Sabtu mengeluarkan senarai terkini 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Gambar hiasan
KKM pada Sabtu mengeluarkan senarai terkini 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu mengeluarkan senarai terkini 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kit ujian itu boleh didapati di farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan serta premis yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

“Orang awam dinasihatkan agar membeli kit ujian tersebut di fasiliti berkenaan sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap mengenai kit ujian tersebut di portal rasmi MDA di https://portal.mda.gov.my atau laman Facebook dan Instagram MDA. - Bernama

Artikel Berkaitan: