Parti lain perlu contohi BN laksana SD

Mohamad
Mohamad
A
A
A

PENGUMUMAN Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa calon muka baharu dan lama gabungan itu yang terpilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bahawa mereka perlu menandatangani surat akuan bersumpah (SD) dan perjanjian lain amat bertepatan dan disambut baik.

Usaha ini secara tidak langsung boleh dianggap sebagai peringatan kepada calon yang telah memenangi kerusi berkenaan agar tidak sewenang-wenangnya melompat ke parti lain.

"Ini sebagai peringatan supaya jangan dah menang, senang-senang nak lompat," kata Mohamad pada Jumaat.

Beliau turut dilaporkan berkata, ini memandangkan di Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN) belum ada lagi akta atau enakmen lompat parti yang memaksa BN membuat akur janji atau perjanjian tersebut.

Jika dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), telah banyak wakil rakyat sama ada melibatkan kawasan Parlimen atau DUN melompat ke parti lain.

Perkara ini menyebabkan kerajaan yang ditadbir sama ada di peringkat pusat atau di peringkat negeri jatuh seperti Melaka.

Sehubungan itu, parti-parti lain yang ingin bertanding di PRN Melaka juga seharusnya mengikut jejak langkah BN.

Di dalam SD itu juga, seharusnya diletakkan satu perjanjian dan syarat tegas kepada calon terbabit bagi mengelakkan mereka melompat parti.

Artikel Berkaitan:

Sekurang-kurangnya, perjanjian dan syarat tegas ini akan mengikat calon yang menang daripada melompat.

Sementara menunggu Rang Undang-undang Anti-Lompat dibentangkan di Parlimen tidak diketahui bila, SD adalah salah satu usaha yang wajar dipuji.

Melalui inisiatif seumpamanya, calon yang menjadi wakil rakyat akan menghormati pengundi, memartabatkan sistem demokrasi di Malaysia dan mengekalkan kestabilan politik serta ekonomi negara

Selain PRN Melaka, akan ada satu lagi PRN bakal menjelang tiba iaitu di Sarawak yang dijangka akan diadakan pada Disember ini.

Calon-calon yang akan bertanding pada PRN Sarawak juga sewajarnya menandatangani SD seperti PRN Melaka.