Vaksinasi lebih 85 peratus antara faktor Perak beralih Fasa 4

Saarani Mohamad - Foto Bernama
Saarani Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Pemberian vaksin Covid-19 melebihi 85 peratus kepada penduduk dewasa di Perak antara faktor membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sambutan yang baik untuk vaksinasi dalam kalangan remaja turut menyumbang kepada peralihan fasa berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Bagaimanapun kita semua masih perlu mematuhi SOP mengikut fasa empat yang telah ditetapkan. Insya-ALLAH Perak akan berjaya bebas pandemik ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Menurut portal CovidNow, sebanyak 87.3 peratus iaitu 1.6 juta penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas di Perak telah lengkap dua dos vaksin manakala bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebanyak 70.5 peratus atau 167,260 orang setakat tengah malam tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan: