Dicekup polis curi minuman keras

Suspek ditangkap ketika berlegar-legar di hadapan pasar raya ini petang tadi.
Suspek ditangkap ketika berlegar-legar di hadapan pasar raya ini petang tadi.
A
A
A

KULIM - Padah mencuri minuman keras di sebuah pasar raya di Taman Kemuning di sini, seorang lelaki dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, tindakan seorang lelaki membawa keluar sebotol minuman keras tanpa bayaran dilihat pegawai esekutif pasar raya itu jam 2 petang hari ini.

Menurutnya, pada jam 3 petang, lelaki itu sekali lagi dilihat berlegar-legar di hadapan pasar raya tersebut.

"Kakitangan berkenaan segera menghubungi pihak polis kerana kegiatan ini dilakukan kali kedua dalam tempoh seminggu oleh individu yang sama.

"Pada jam 3.10 petang, unit MPV terima arahan ke lokasi premis dan menahan suspek," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lelaki berusia 36 tahun ini mempunyai 10 rekod jenayah dengan lapan daripadanya kes bersangkut dadah.

"Suspek tidak mengaku terlibat dalam kes ini dan siasatan akan diteruskan selepas reman," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: