Putrajaya 'kick off' kereta tersadai

Trak penunda milik Perbadanan Putrajaya digunakan bagi mengalihkan kenderaan tersadai dan diletakkan di depoh simpanan Perbadanan Putrajaya di Presint 20.
Trak penunda milik Perbadanan Putrajaya digunakan bagi mengalihkan kenderaan tersadai dan diletakkan di depoh simpanan Perbadanan Putrajaya di Presint 20.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya bersama Bahagian Pengurusan Hartanah melaksanakan Program Kick Off penundaan kenderaan tersadai di sekitar kuarters kerajaan di sini bagi memastikan ruangan petak kenderaan digunakan sebaik-baiknya.

Bahagian Pengurusan Hartanah dalam kenyataannya berkata, berdasarkan siasatan dan rekod, terdapat 207 buah kenderaan tersadai di sekitar kuarters kerajaan di Putrajaya.

"Melalui pemantauan yang dijalankan kesemua jumlah tersebut terdiri daripada 80 buah kereta dan 127 buah motosikal.

"Operasi secara kolaboratif antara Bahagian Pengurusan Hartanah dan Perbadanan Putrajaya ini adalah kesinambungan daripada operasi yang pernah dilaksanakan bersama sebelum ini," katanya.

Program ini sebagai langkah menangani kes-kes kenderaan tersadai dan terbiar di kuarters kerajaan.
Program ini sebagai langkah menangani kes-kes kenderaan tersadai dan terbiar di kuarters kerajaan.

Menurut kenyataan itu, langkah itu juga untuk menangani kes kenderaan tersadai dan terbiar di kuarters kerajaan dan membolehkan penghuni menggunakan kemudahan tempat letak kenderaan disediakan.

"Sepanjang operasi yang dijalankan, trak penunda milik Perbadanan Putrajaya digunakan bagi mengalihkan kenderaan tersadai dan diletakkan di depoh simpanan Perbadanan Putrajaya di Presint 20," katanya.

"Pemilik kenderaan boleh menuntut kenderaan di Bahagian Penguatkuasaan di Perbadanan Putrajaya dan jika tiada sebarang tuntutan, Perbadanan Putrajaya akan melaksanakan proses pelupusan," katanya.

Artikel Berkaitan: