Baucar pelancongan Johor boleh ditebus Jumaat ini

Onn Hafiz ( kiri) menunjukan aplikasi baucar pelancongan Johor pada sidang akhbar di Iskandar Puteri pada Selasa.
Onn Hafiz ( kiri) menunjukan aplikasi baucar pelancongan Johor pada sidang akhbar di Iskandar Puteri pada Selasa.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri menjangkakan pertambahan pelancong pada November susulan baucar pelancongan berjumlah RM 1.5 juta yang boleh ditebus bermula Jumaat ini.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian baucar pelancongan Johor itu menawarkan diskaun kepada pengunjung untuk melawat tempat tarikan pelancong antaranya taman tema, taman negara dan pulau.

"Sebanyak 15,000 baucar pelancongan ditawarkan kepada orang ramai menerusi aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) boleh ditebus sehingga 30 November.

"Sebanyak 200 pakej pelancongan ditawarkan menerusi 40 ejen pelancongan yang telah mengambil bahagian dalam program baucar pelancongan kali ini," katanya pada sidang akhbar di Iskandar Puteri pada Selasa.

Menurut Onn Hafiz, pemberian baucar pelancongan itu dapat merancakkan kembali industri pelancongan di Johor seterusnya membantu penggiat industri yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Di peringkat negeri sudah tentu saya mengharapkan agar baucar pelancongan ini mendapat sambutan. Sekiranya berjaya, baucar pelancongan diteruskan untuk tahun depan.

"Saya berharap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dapat memberikan peruntukan tambahan kepada sektor pelancongan negeri yang mula hendak berkembang selepas kebenaran rentas negeri diumumkan sejak 11 Oktober lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: