19 PATI mengaku bersalah masuk negara secara haram

Lima wanita turut mengaku salah di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Isnin atas pertuduhan memasuki negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan.
Lima wanita turut mengaku salah di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Isnin atas pertuduhan memasuki negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan.
A
A
A

LUMUT - Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini pada Isnin atas pertuduhan memasuki negara menggunakan laluan yang tidak diwartakan bulan lalu.

Kesemua mereka termasuk lima wanita membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang berusia 24 hingga 61 tahun itu didapati memasuki negara melalui pintu masuk atau keluar yang tidak diwartakan.

Kesemua mereka berada di atas sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran pada jarak 12.4 batu nautika dari Pulau Jarak kira-kira jam 12.21 tengah hari pada 16 Oktober lalu.

Tertuduh juga didakwa melanggar peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(2) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 57 akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian 14 lelaki warga Indonesia dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas pertuduhan memasuki negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan, Oktober lalu.
Sebahagian 14 lelaki warga Indonesia dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas pertuduhan memasuki negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan, Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak yang mengadakan rondaan operasi di perairan negeri menahan sebuah bot yang dinaiki 21 warga Indonesia yang diragui status pergerakan masuk.

Siasatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan tidak wujud rekod pergerakan masuk ke negara secara sah manakala Jabatan Perikanan turut mengesahkan tidak wujud rekod pendaftaran bot tersebut.

Daripada 21 yang ditahan, dua daripada mereka dirujuk ke imigresen atas arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Mohamad Rizal Fadzil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika rayuan sebelum itu, hanya tujuh tertuduh meminta mereka dikenakan denda minimum dengan alasan perlu menanggung keluarga.

Mahkamah kemudiannya mengenakan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang terhadap tujuh lelaki tersebut atau penjara enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Seramai 12 tertuduh lagi dijatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh ditangkap.

Mahkamah turut mengarahkan bot berkenaan dirampas dan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Media melaporkan cubaan 21 PATI warga Indonesia memasuki negara gagal selepas bot dinaiki mereka ditahan Maritim Malaysia setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Bot berkenaan telah menceroboh perairan negara sebelum hanyut selama dua hari selepas mengalami kerosakan enjin.