Sila log masuk terlebih dahulu.

Pasangan kekasih mengaku bersalah buat aksi 'wheelie'

A
A
A

BERITA SEMASA 5 MEI 2023

Seorang pekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan, Pahang pada Jumaat terhadap pertuduhan menunggang motosikal sambil melakukan aksi 'wheelie' yang berbahaya bersama kekasihnya, dalam kejadian di Jalan Chendor menghala ke Kemaman, Terengganu, 12 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian Norazwani Yusof.

Sementara itu di mahkamah sama, kekasihnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan sebagai pembonceng, telah membantu melakukan aksi terbabit.

Mereka yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Artikel: https://go.sinar.la/3LV8g2A

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian