X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

‘Malaysia jadi negara paling pelik dalam dunia’

Mohamad Sabu
A
A

KUALA LUMPUR - Pembangkang menyifatkan Malaysia kini menjadi negara yang pelik dalam dunia.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mendakwa, ini kerana undang-undang berubah mengikut nafsu pemerintah dan bukannya mengikut peraturan.

“Yang Berhormat Kulim-Bandar Bharu, perkara-perkara pelik berlaku di Malaysia mutakhir ini.

“Peliknya dahulu ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen, peliknya semasa darurat jangkitan Covid-19 paling tinggi sampai 24,000, mati beratus satu hari dan kemuncak cecah 300 satu hari,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) bagi mengungkaikan tujuh ordinan darurat.

Mohamad yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menambah, apa yang lebih pelik adalah mengenai pilihan raya di Melaka.

“Melaka di Fasa Empat (Pelan Pemulihan Negara). Restoran penuh, mall penuh, kenduri kahwin boleh buat dan kuliah boleh buat.

“(Tetapi) ceramah tak boleh, berkempen tak boleh, (pergi) ke rumah-rumah tak boleh,” jelasnya.

Mengulas isu sama, Saifuddin pula mendakwa negara ini telah dipaksa untuk mengadakan pilihan raya di Melaka

“Kita dipaksa untuk mengadakan pilihan raya. Yang kita tidak minta pun tetapi akan diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.

“Speaker, kita cuma bawa kertas pencalonan. Calon datang (bersama) pencadang dan penyokong kemudian kalau negatif masuk, kalau positif duduk di khemah, kemudian balik duduk rumah.

“Sebab tidak boleh berjalan. Walkabout tak boleh, ceramah kelompok tak boleh dan ceramah umum tak boleh,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!