Atlet Kenya dibunuh

Tirop
Tirop
A
A
A

ATLET larian jarak jauh Kenya, Agnes Tirop ditemui meninggal dunia di kediamannya pada Rabu, dipercayai akibat dibunuh.

Menurut kenyataan Atheletic Kenya, atlet berusia 25 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat ditikam berdasarkan kepada kesan tikaman di lehernya.

“Tirop disahkan meninggal dunia di kediamannya dipercayai akibat ditikam oleh suaminya.

“Bagaimanapun, pihak kami masih lagi mencari bukti-bukti lain bagi mengesahkan perkara berkenaan,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Tirop merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia pada 2017 dan 2019 selain muncul juara bagi acara Merentas Desa Dunia 2015 lalu.

Tirop turut berjaya menamatkan acara 5,000 meter pada kedudukan keempat pada Sukan Olimpik Tokyo, selain keempat acara 5,000m pada Olimpik Tokyo yang berlangsung mulai 23 Julai hingga 8 Ogos lalu.

Terbaru, Tirop memecahkan rekod dunia bagi acara 10km dalam satu kejohanan di Jerman, pada September.

“Bagaimanapun pihak polis mengesahkan mereka ada menerima keterangan daripada ahli keluarga suami Tirop bahawa suaminya itu ada menelefon mereka dan meminta ampun kepada tuhan kerana telah melakukan perkara yang tidak baik,” menurut kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu pihak polis mengesahkan, suami Tirop kini giat diburu bagi membantu siasatan berhubung perkara berkenaan..