SPRM tahan dua kakitangan agensi kerajaan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin menahan dua kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000.

Menurut sumber, kedua-duanya yang berusia antara 37 tahun dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang di sebuah restoran di Putrajaya.

Sumber berkata, kedua-duanya disyaki meminta wang suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk syarikat itu mendapatkan kontrak membekal, menghantar serta memasang kelengkapan dan peralatan pejabat yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim yang mengesahkan penahanan tersebut berkata kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa untuk permohonan reman. - Bernama

Artikel Berkaitan: