PH-BN menang PRN, Selangor umum Isnin cuti peristiwa

Pemimpin PH dan BN Selangor meraikan kemenangan dalam PRN Selangor. (Gambar kecil: Pengisytiharan Isnin cuti kelepasan am Selangor.)
Pemimpin PH dan BN Selangor meraikan kemenangan dalam PRN Selangor. (Gambar kecil: Pengisytiharan Isnin cuti kelepasan am Selangor.)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri mengisytiharkan Isnin,14 Ogos 2023 sebagai cuti hari kelepasan am di seluruh Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, cuti berkenaan sempena pilihan raya negeri (PRN) Ke-15 pada Sabtu.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, bersamaan 27 Muharam

1445H sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15," menurut kenyataan pada Ahad.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan kerajaan Selangor mengumumkan Isnin sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan PH dan BN menang dalam PRN.

Beliau berkata, kerajaan negeri berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.

Sementara itu, PRN Selangor pada Sabtu menyaksikan PH dan BN meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 kerusi menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 22 kerusi.

Artikel Berkaitan: