Kes baharu Covid-19 turun lagi ke 6,709

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 menurun kepada 6,709 kes dengan 6,565 daripadanya atau 97.9 peratus melibatkan kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 144 kes atau 2.1 peratus lagi merupakan kategori tiga hingga lima.

"Daripada jumlah baharu itu, terdapat enam kes import dan 6,703 merupakan penularan tempatan yang membabitkan 6,454 rakyat tempatan dan 249 warga asing," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 2,346,303.

"Sebanyak 762 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 398 memerlukan bantuan pernafasan manakala

"Terdapat 10,833 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya 2,206,502 kes," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengenalpasti sembilan kluster baharu pada Isnin melibatkan empat kluster komuniti dan dua kluster tempat kerja.

"Selain itu dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan turut dikesan.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah terkumpul kluster adalah 5,597 yang mana 4,803 telah diisytiharkan tamat dan 794 masih aktif," katanya.