Usaha banteras dadah diperhebat

Polis Terengganu melupuskan dadah yang dirampas dan telah selesai bicara. (Gambar kecil: Allaudeen)
Polis Terengganu melupuskan dadah yang dirampas dan telah selesai bicara. (Gambar kecil: Allaudeen)
A
A
A
SETIU - Polis terus memperhebatkan usaha membanteras penyalahgunaan dadah secara menyeluruh sama ada melibatkan penagih dan juga pembekal.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, bagi menangani gejala itu pihaknya turut memberi fokus kepada usaha mengekang aktiviti pembekalan dadah.

“Berdasarkan rekod dari Januari hingga 21 November tahun ini, seramai 8,625 orang ditangkap di seluruh negeri membabitkan 7,019 kes berkaitan dadah.

“Sehingga kini operasi dan usaha berterusan dibuat di seluruh daerah di Terengganu bagi menangani gejala dadah terutama bagi mengekang aktiviti pembekalan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi mengekang ancaman dadah itu.
Artikel Berkaitan:


“Terengganu disenaraikan antara negeri tertinggi penyalahgunaan dadah dan bagi menangani ancaman itu matlamat kita tertumpu kepada pembekal dadah selain mengambil tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan baru-baru ini mendedahkan Terengganu, Pahang, Kelantan, dan Perlis mendahului senarai penagih dadah paling ramai mengikut nisbah jumlah penduduk.

Kajian yang dibuat setakat September itu mendedahkan Kelantan merekodkan seramai 16,918 penagih diikuti Pahang (16,150), Terengganu (10,576) dan Perlis (2,123).