Hina nabi: Harap campur tangan Sultan

Rombongan yang diketuai Suhaimi (dua kiri) menyerahkan memorandum kepada Elmi. Turut kelihatan Salim (dua kanan), Mohamad Fadzil (tiga kanan) dan beberapa pemimpin Pas dan Umno yang lain.
Rombongan yang diketuai Suhaimi (dua kiri) menyerahkan memorandum kepada Elmi. Turut kelihatan Salim (dua kanan), Mohamad Fadzil (tiga kanan) dan beberapa pemimpin Pas dan Umno yang lain.
A
A
A

ALOR SETAR - Ribuan umat Islam menyertai perarakan aman menyerahkan memorandum bantahan menghina Nabi Muhammad SAW kepada Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehudin Sultan Badlishah di hadapan pintu Istana Anak Bukit semalam.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Presiden Kelab Ketuanan Melayu Kedah, Suhaimi Shuib kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusof sambil disaksikan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli dan Ketua Pemuda Pas Kedah, Salim Mahmood.

Suhaimi berkata, pihaknya yang mewakili seluruh umat Islam di negeri ini berharap, Sultan Sallehuddin akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung penghinaan kepada Rasulullah SAW dan juga agama Islam di negara ini.

Ribuan umat Islam tiba di hadapan pintu masuk Istana Anak Bukit.
Ribuan umat Islam tiba di hadapan pintu masuk Istana Anak Bukit.

"Tuanku Sultan-sultan yang menaungi agama Islam di negara kita ini diharap akan beri penekanan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja khususnya kepada Jabatan Peguam Negara agar tidak memilih bulu dengan mengambil tindakan tegas kepada penghina Rasulullah SAW.

"Jangan pilih bulu kerana kami ada, umat-umat Islam ada walaupun dari latar belakang politik apa sekalipun termasuk NGO," katanya menjangkakan hampir 10,000 orang menyertai perarakan tersebut bersama 10 NGO Islam yang lain pada malam itu.

Sementara itu, Salim berkata, perhimpunan aman dan perarakan kira-kira hampir dua kilometer yang bermula di Masjid Tunku Intan Syafinaz selepas solat Isyak menuju ke Istana Anak Bukit membawa mesej dengan jelas kepada kerajaan pada hari ini agar tidak memandang ringan isu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Hadirin membaca doa selepas menyerahkan memorandum di hadapan pintu masuk Istana Anak Bukit.
Hadirin membaca doa selepas menyerahkan memorandum di hadapan pintu masuk Istana Anak Bukit.

Jelasnya, pihaknya bersama Pemuda UMNO dan NGO Islam lain bersedia untuk menganjurkan perhimpunan lebih ramai sekiranya kerajaan tidak bertegas membawa individu-individu yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam ke muka pengadilan.

"(Beri pilihan) sama ada kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas dalam isu ini ataupun kami akan berhimpun lebih ramai daripada perhimpunan ICERD.

"Terima kasih kepada pihak istana yang sudi menerima memorandum dari kami untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Kedah," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Mohamad Fadzil yang mahu individu-individu yang mencetuskan sentimen keagamaan tidak dibiarkan dan perlu diambil tindakan tegas.