X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Tempoh pengajian IPT di Malaysia setara akademik luar negara

Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR – Tempoh penawaran program pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia hampir setara dengan program akademik di luar negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, selain itu, tempoh terbabit turut bergantung kepada bidang pengajian yang ditawarkan di IPT terbabit.

“Berdasarkan kepada norma antarabangsa, tempoh pengajian sarjana muda adalah tiga tahun selepas sekolah menengah ataupun pra universiti.

“Bagi negara yang mempunyai sistem persekolahan 12 tahun, lepasan sekolah boleh terus menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda dengan tempoh pengajian minimum selama tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sebelum itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas- Muar) bertanyakan kepada Noraini berhubung cadangan bagi memendekkan tempoh pengajian di IPT di negara ini dengan merombak semula subjek seperti Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS).

Mengulas lanjut, Noraini menambah, penawaran kursus mata pelajaran am di IPT merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memperkukuh aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam melahirkan graduan yang holistik dan sejahtera.

“Selain daripada itu, kursus ini bagi melahirkan pelajar universiti yang dapat menghayati nilai-nilai patriotisme dan mempunyai semangat jati diri dalam menguasai kemahiran insaniah,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!