X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022
Ab. Rauf (kanan) menyerahkan dokumen Proklamasi Pembubaran DUN yang ke-14 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Melaka, Rudy Rohan Johan.
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan.

Beliau memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam sesi sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada Selasa.

“Sehubungan itu, Yang di-Pertua Negeri telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan iaitu bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengesahkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Menurut Ab. Rauf, Sulaiman mengutuskan surat kepada Mohd Ali bahawa empat orang ADUN itu telah hilang kepercayaan dalam masa sama meminta perkenan Mohd Ali untuk membubarkan DUN Melaka ke-14.

Proklamasi Pembubaran DUN yang ke-14 diwartakan pada Selasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!