Pas sedia bersama UMNO dalam MN - Shahidan

Shahidan menerusi hantaran di Facebook menyatakan kesediaan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional.
Shahidan menerusi hantaran di Facebook menyatakan kesediaan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Saranan Pemuda UMNO mahu memperkukuhkan kembali penyatuan dua parti demi kepentingan agama, bangsa dan orang Melayu menerima sambutan baik daripada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis III, Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook menyatakan kesediaan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional.

"Saudara Akmal Saleh (Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh), Pas bersedia bersama UMNO dalam Muafakat Nasional. Salam pada DS (Datuk Seri) Zahid Hamidi (Presiden UMNO)," ringkasnya pada Sabtu.

Terdahulu, pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Mohamad Akmal menggesa parti keramat itu menarik diri daripada kerajaan Perpaduan selain menzahirkan cadangan bersatu dengan Pas.

Katanya, hasrat penyatuan itu adalah bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.

Konvensyen bertemakan Hala Tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan itu dihadiri kira-kira 2,000 ahli yang menyuarakan pandangan secara terbuka dan berani termasuk menilai semula kedudukan parti dalam kerajaan ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Saranan Pemuda UMNO untuk memperkuat penyatuan dengan Pas demi kepentingan agama, bangsa dan orang Melayu
  • Pas menyambut baik usul tersebut dan bersedia bersatu dalam Muafakat Nasional
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh mengajak UMNO menarik diri daripada kerajaan Perpaduan
  • Penyatuan UMNO dan Pas bertujuan memastikan kekuatan politik Melayu terpelihara
  • Konvensyen Khas Pemuda UMNO dihadiri oleh kira-kira 2,000 ahli yang menyuarakan pandangan termasuk menilai semula kedudukan UMNO dalam kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!