Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Januari

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan jangkaan hujan berpanjangan di beberapa negeri bermula minggu hadapan.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 5 hingga 8 Januari.
Hujan berterusan turut diramalkan melanda beberapa daerah di Pahang, iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, dari 6 hingga 8 Januari. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada)
- Hujan berpanjangan dijangka berlaku di beberapa negeri
- Kelantan dan Terengganu akan mengalami hujan berterusan dari 5 hingga 8 Januari
- Beberapa daerah di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin turut terjejas dari 6 hingga 8 Januari
- Amaran dikeluarkan susulan jangkaan hujan berpanjangan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
