Usul konvensyen dibawa ke MKT

Mohamad Akmal
Mohamad Akmal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usul dan cadangan yang diperolehi pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO akan dibawa ke pimpinan tertinggi parti untuk diabsahkan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, platform yang menjadi suara akar umbi sayap parti berkenaan dihadiri hampir 90 peratus perwakilan negeri.

"Kita telah memanggil wakil daripada setiap negeri untuk berucap dan membuka ruang perbahasan kepada hadirin dengan mengemukakan usul serta cadangan.

"Konvensyen ini bertujuan mendapatkan suara akar umbi untuk dibawa terus ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tanpa diubah suai dan disolek,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil konvensyen tersebut dapat menjadi asas penting dalam perbincangan dan keputusan parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.

"Konvensyen ini tidak menentukan UMNO keluar atau tidak tetapi ia lebih kepada menyampaikan pandangan secara jujur dan berterus terang kepada peringkat atasan.

"Perkara ini adalah supaya kepimpinan dapat membuat pertimbangan terbaik berdasarkan suara sebenar ahli,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Usul dan cadangan dari Konvensyen Khas Pemuda UMNO akan dibawa ke pimpinan tertinggi parti untuk diabsahkan
  • Konvensyen dihadiri hampir 90 peratus perwakilan negeri
  • Tujuan untuk mendapatkan suara akar umbi tanpa diubah suai dan disolek
  • Hasil konvensyen penting untuk perbincangan dan keputusan parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO
  • Menyampaikan pandangan secara jujur dan berterus terang kepada peringkat atasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!