Wanita cederakan alat sulit kekasih selepas ajakan berkahwin ditolak

Seorang wanita memotong alat sulit teman lelakinya selepas mereka bergaduh di di Kalina, Santacruz East. Foto hiasan
Seorang wanita memotong alat sulit teman lelakinya selepas mereka bergaduh di di Kalina, Santacruz East. Foto hiasan
A
A
A

MUMBAI – Sambutan Tahun Baharu 2026 bagi pasangan kekasih ini berakhir dengan tragedi.

Seorang lelaki berusia 42 tahun di Mumbai, India tidak menyangka akan diserang menggunakan senjata tajam oleh teman wanitanya yang berusia 25 tahun.

Menurut polis Vakola, wanita terbabit berpura-pura menjemput teman lelakinya untuk meraikan ketibaan Tahun Baharu bersama-sama.

Bagaimanapun, dia bertindak mencederakan alat sulit kekasihnya ketika kejadian di Kalina, Santacruz East pada awal pagi Khamis lalu.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati wanita itu berang kerana mangsa enggan mengahwininya.

“Mereka telah menjalinkan hubungan selama hampir tujuh tahun. Wanita itu berulang kali mendesak agar mereka berkahwin, namun tidak diendahkan mangsa.

“Pada hari kejadian, pertengkaran mengenai isu perkahwinan sekali lagi tercetus sehingga wanita itu bertindak di luar kawalan,” kata jurucakap polis.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa kini giat memburu suspek yang berdepan beberapa pertuduhan, termasuk menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sambutan Tahun Baharu 2026 di Mumbai berakhir tragedi dengan pasangan kekasih terlibat dalam insiden keganasan
  • Seorang wanita berumur 25 tahun menyerang teman lelakinya, 42 tahun, dengan senjata tajam akibat pertengkaran
  • Keganasan berlaku kerana wanita itu berang dengan keengganan pasangannya untuk berkahwin setelah hampir tujuh tahun berhubungan
  • Wanita tersebut berpura-pura menjemput teman lelakinya untuk meraikan Tahun Baharu sebelum menyerangnya
  • Mangsa mengalami kecederaan serius dan kini pelaku sedang diburu oleh pihak berkuasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!