59 staf positif Covid-19, hotel terkenal di Langkawi ditutup sementara

Dr Othman
Dr Othman
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah hotel terkenal di Langkawi menghentikan operasinya buat sementara berikutan 59 kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, setakat ini seramai 249 orang telah menjalani ujian saringan dengan tiga individu masih menunggu keputusan.

Beliau berkata, penularan jangkitan itu telah mewujudkan Kluster Dah Teluk Nibung sejak 1 Oktober lalu yang juga merupakan kluster tempat kerja.

"Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki bermula daripada komuniti, seterusnya merebak di tempat kerja.

"Bagaimanapun, sehingga kini penularan jangkitan adalah terkawal dan melibatkan pekerja tempatan serta kontak rapat ahli keluarga sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah juga mengambil tindakan pantas mengenal pasti semua kontak rapat yang terlibat.

"Mereka telah diarahkan menjalani ujian saringan serta Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 10 hari.

"Sebagai langkah keselamatan, pihak pengurusan hotel bersetuju untuk menutup operasi mereka secara sukarela buat sementara waktu," katanya.

Artikel Berkaitan: