Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu

Zolkples
Zolkples
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong akan dibawa ke Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur untuk urusan mandi, kafan serta solat jenazah, selepas solat fardhu zohor.

Sebagai makluman, pihak polis telah pun memberikan permit pengkebumian dan pihak pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), difahamkan sedang menguruskan untuk membawa jenazah ke Masjid Seri Petaling.

Setelah selesai kesemua urusan di masjid berkenaan, dijangkakan sekitar 3.30 petang nanti, jenazah akan terus dibawa ke Dungun, Terengganu bagi urusan pengkebumian.

Artikel Berkaitan: