Covid-19: Rusia rekod angka kematian tertinggi

Kematian akibat virus Covid-19 di Rusia mencapai tahap tertinggi pada Jumaat untuk hari keempat berturut-turut.
Kematian akibat virus Covid-19 di Rusia mencapai tahap tertinggi pada Jumaat untuk hari keempat berturut-turut.
A
A
A

MOSCOW - Kematian akibat virus Covid-19 di Rusia mencapai tahap tertinggi pada Jumaat untuk hari keempat berturut-turut.

Manakala kes baharu yang disahkan terus mencatatkan peningkatan di negara itu.

Pasukan Petugas Koronavirus Rusia melaporkan 887 kematian direkodkan, jumlah harian tertinggi negara sejak pandemik itu bermula.

Sehari sebelum itu, Rusia merekodkan 867 kematian.

Pasukan petugas itu juga melaporkan 24,522 kes baharu yang disahkan, jumlah harian tertinggi sejak akhir Julai.

Kerajaan Rusia setakat ini tidak mempunyai pelan untuk melaksanakan perintah berkurung untuk membendung virus berkenaan.

Di Moscow, ujian saringan pantas dan PCR kini dilaksanakan kepada semua penduduk yang mengalami gejala selesema.

Manakala di wilayah Pskov, sekolah ditutup dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian. - Awani

Artikel Berkaitan: