Suruhanjaya Sekuriti denda bekas akauntan Asia Media

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda terhadap bekas akauntan Asia Media Group Berhad (AMGB), Ong Kar Kian (Ken Ong), 40, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Ia atas kesalahan mengemukakan kenyataan palsu berkenaan jumlah hasil pendapatan AMGB bernilai RM11,127,000 kepada Bursa Malaysia yang mana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 369 (b)(B) Akta CMSA.

SC berkata, penyataan palsu berkaitan pendapatan AMGB terkandung dalam Laporan Suku Tahunan AMGB mengenai Hasil Gabungan untuk Suku Tahun Keempat yang berakhir pada 31 Disember 2015.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, Ken Ong boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak melebihi tiga juta ringgit,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kamarudin bin Kamsun telah memberi kebenaran jaminan sebanyak RM150,000 oleh seorang penjamin dengan syarat pasportnya diserahkan ke mahkamah. - Bernama

Artikel Berkaitan: