X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

KKM siasat kejadian remaja lelaki longlai selepas suntik vaksin

Tangkap layar video seorang remaja lelaki longlai dipercayai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tular di media sosial.
A
A

PUTRAJAYA - Satu rakaman video berhubung seorang remaja lelaki longlai dipercayai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan remaja lelaki terpaksa dipapah di kawasan parkir sebelum dibawa masuk semula ke tempat suntikan oleh seorang lelaki dewasa dan anggota Rela.

Menerusi tangkap layar berasingan, kejadian itu didakwa berlaku di Encore Mall, Klebang, Melaka pada Khamis sebelum rakamannya tular sekitar jam 2 petang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam reaksi segera sedang menyiasat kejadian tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!