MDEC nafi tawar baucar tunai untuk perniagaan

MDEC menafikan mengeluarkan sebarang mesej menawarkan baucar yang boleh ditebus dengan wang tunai kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). - Foto Bernama
MDEC menafikan mengeluarkan sebarang mesej menawarkan baucar yang boleh ditebus dengan wang tunai kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej menawarkan baucar yang boleh ditebus dengan wang tunai kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut MDEC dalam kenyataan pada Khamis, perbadanan menyedari banyak percubaan, termasuk mesej terbaharu ini, untuk menggunakan namanya di media sosial dan aplikasi WhatsApp dalam usaha untuk menipu orang ramai.

"MDEC menegaskan bahawa mesej atau posting seperti itu palsu dan memberikan persepsi negatif terhadap program sokongan digitalisasi perniagaan yang sedang dijalankan oleh kerajaan untuk perniagaan," menurut kenyataan itu.

Oleh itu, MDEC meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak disahkan atau palsu dan sebaliknya merujuk kepada laman web rasmi dan juga saluran media sosial MDEC untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Untuk berita dan pengumuman terkini, orang ramai boleh melayari http://mdec.my, katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: