Pesara wanita rugi lebih RM100,000 terpedaya untung lumayan skim pelaburan emas

Seorang pesara wanita kerugian RM131,820 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan emas dalam talian.
Seorang pesara wanita kerugian RM131,820 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan emas dalam talian.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara wanita kerugian RM131,820 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan emas dalam talian, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 59 tahun menyertai skim pelaburan yang diiklankan di laman sosial Facebook itu pada 30 Oktober selepas dijanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Beliau berkata, mangsa berhubung dengan suspek lelaki melalui aplikasi WhatsApp dan membuat pelaburan menggunakan wang simpanan persaraannya.

"Mangsa membuat 38 pembayaran berjumlah RM131,820 ke empat akaun bank dari 30 Oktober hingga 19 November.

"Dia diberitahu perlu membayar RM19,000 sebagai kos pemprosesan untuk mendapatkan keuntungan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa yang curiga membuat laporan polis pada 12.25 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!