Tular aksi individu bertopeng curi kabel di ibu kota

Tular aksi beberapa individu bertopeng dipercayai mencuri kabel sebelum melarikan diri menggunakan dua kenderaan dalam kejadian berhampiran TREC Kuala Lumpur.
Tular aksi beberapa individu bertopeng dipercayai mencuri kabel sebelum melarikan diri menggunakan dua kenderaan dalam kejadian berhampiran TREC Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tular aksi beberapa individu bertopeng dipercayai mencuri kabel sebelum melarikan diri menggunakan dua kenderaan dalam kejadian berhampiran TREC Kuala Lumpur.

Kejadian itu dirakam menerusi video berdurasi kira-kira 38 saat yang dikongsikan pengguna di platform Threads.

Menerusi rakaman tersebut, beberapa individu berpakaian gelap serta memakai penutup muka dilihat memotong dan menarik kabel yang berada di atas permukaan jalan berhampiran sebuah jejambat.

Mereka kemudian bertindak meninggalkan lokasi menggunakan dua kenderaan berwarna hitam, masing-masing sebuah kenderaan pikap dan kereta sedan.

Bagaimanapun, tindakan mereka cuba dihalang beberapa individu lain yang dilihat membaling kon trafik ke arah kenderaan terbabit, namun usaha itu gagal.

Pengguna Threads yang berkongsi rakaman berkenaan mendakwa kegiatan itu dilakukan secara terbuka di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun, lokasi dan waktu sebenar kejadian serta identiti individu terbabit masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, media masih mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!