Bekas penolong jurutera ditahan SPRM

SPRM
SPRM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas penolong jurutera mekanikal kerana disyaki melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu hasil siasatan mendapati suspek telah melibatkan diri dalam transaksi penggunaan wang berjumlah lebih RM180,000 melalui wang tunai yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pelbagai perbelanjaan untuk pengubahsuaian rumahnya.

Terdahulu, suspek telah dituduh pada Oktober 2018 di Mahkamah Seksyen 1 Melaka di bawah kesalahan seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan iaitu wang tunai dan barangan pembinaan rumah berjumlah hampir RM500,000 daripada kontraktor sebagai upah membantu mendapatkan kerja-kerja di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar.

Suspek lelaki berusia 44 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi tadi, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Artikel Berkaitan: