Tiga lagi pertuduhan terima wang haram dihadapi Muhyiddin kekal - AG

Mahkamah Tinggi pada Selasa melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan yang mendakwa beliau guna kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi pada Selasa melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan yang mendakwa beliau guna kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) masih kekal, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Idrus, dalam kenyataan pada Selasa berkata, kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 September ini.

Bagi pertuduhan di bawah AMLATFPUAA, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Sementara itu, Idrus berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

"Pihak pendakwaan juga ingin menjelaskan bahawa permohonan yang diputuskan oleh mahkamah sebentar tadi hanyalah berkenaan dengan empat pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Idrus berkata demikian ketika merujuk keputusan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan seterusnya memerintahkannya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan predikat itu.

Artikel Berkaitan:

Bagi empat pertuduhan itu, Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Pengerusi Perikatan Nasional, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti itu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara rayu keputusan mahkamah bebas Muhyiddin

Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta

Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam

Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL

[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin

AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini